Wednesday, April 24

She's cool ^ ^

Venue : Al Faith Restaurant, Keningau Mall
Event : Air cond dulu bahh! hihi

Ami and me ^ ^ 
Saya berpraktikum di Sk.Bulu Silou dengan cikgu cool ini ,cik Ami Harnani. Kami sangat selesa dan open antara satu sama lain. Dia ni kira agak pendiam dan pemalu orangnya.Tapi tidaklah seperti sangkaan orang lain.Jika kena dengan topik, dia amat responsif dan supportive. Kami memiliki banyak persamaan walaupun pada dasarnya kami kontra antara satu sama lain. Bila dah cerita-cerita, sharing2 rupanya terdapat banyak perkara yang kami punyai bersama :) Memang group mate terbaik praktikum.Semua urusan dan aktiviti harian di sekolah jadi senang. Tiada masalah dengan group mate. Tambahan pula, cheong dan Andy juga sangat sporting.Memang gentlemen la dua orang group mate aku tuuhh!
Poin aku sebenarnya,..ehem2..wahh..terharu ^ ^ cikgu Ami yang cool ini memuji aku. Aku malu2 konon tapi dalam hati, kembang kempis.Lubang hidung pun kembang2.Tak juga keluar taih hidung.miaahahha. setiap kali masa free di sekolah, kitorang pg makan sama-sama. So, kitotang sharing2 la tu. Satu hari tuu, dia cakap kat aku " Esther, syukur saye sangat2 sebab segroup dengan korang untuk praktikum. Saye blajar banyak perkara dari kamu " Wahhh, terharunyaaa!!Thank q Ami.I am just me. Mulalah dia menghuraikan tentang aku ini satu-satu lembaran. Selama ni kitorang just say hi, usik-usik gitu, time di ip.Yalah, maklumlah dia kelas lain kan.Jarang pula tu jumpa walaupun satu ip. Jadi dia tak sangka-sangka aku ni macamana.So, bila kitorang sama-sama praktikum, dia nampaklah siapa si Esther tu. Adoii..aku bukannya menilai diri sendiri. Mereka yang menilai :) cik Ami ni kata, aku ini berterus terang dengan personaliti aku.Maksudnya, dia tidak perlu bertanya tentang aku, sebab dia nampak dengan nyata sikap-sikap aku. Paling kuat makan. Hari-hari singga di keningau mall untuk lunch dan tumpang air cond.Aahhahaa! Dia suka.Dia selesa. Dia menghargaI.Dan aku juga suka.Orang lain senang dengan aku, aku pun senang :) Cik Ami, aku juga manusia biasa yang ada sikap negatif :) Apa-apapun, aku happy kerana membuatmu bisa berbicara banyak dengan aku dan tak kering gusi.Aku juga happy kerana bisa membuatmu selesa sepanjang kita praktikum sama-sama. 

Monday, April 22

Keretapi # Beaufort # Ukulele # Cyeeka's Photography




Sentimental juga saya
Me ^ ^ Thank q Cika for the photosss

Wahh! love this!!
Bahagia # Family in Christ

With Lumat's AY! See, Pastor Justin is there!

Train # Ukulele #

Touch up sikit2

Saturday, April 20

Masuk dalam Hati


 Tiga Peristiwa yang tidak akan pernah kembali

1.Batu yang dilemparkan ke sungai
2.Perkataan yang kasar dan menyakitkan
3. Peristiwa yang menggembirakan

Tiga perkara  yang menghancurkan

1. Kemarahan
2.Kesombongan
3. Dendam

Tiga perkara yang tidak akan hilang

1.Kasih
2.Sahabat
3.Keluarga

Tiga perkara yang tidak kekal

1. Kekayaan
2. Keberhasilan / kejayaan
3. Mimpi

Tiga perkara yang sangat bererti

1. Kerendahan hati
2. Komitmen
3. Kerja keras

Terima kasih atas perkongsian ini. Saya sangat terkesan dengan nilainya. Masuk dalam hati. Mari kita sama-sama muhasabah diri...

Thursday, April 18

I Left my right atrium in here


I am doing my practicum in Sk.Bulu Silou, Keningau.I do love my student in here.

They said, they gonna miss me badly.

They are so dear to me, 5 Intelek. The red one > si comel <3

So tired after the Karnival Usahawan Muda Unit beruniform Sk Bulu silou dan hari bersama ibubapa.But i felt so good and havin a great time with them :) Sempat lagi menyanyikan satu lagu utk ibubapa dan para guru sempena pembukaan pertandingan karaoke terbuka :)

Monday, April 15

Beaufort Trail Jamm

Date : 14 April 2013 ( Sunday )
Venue : Beaufort 
Pertama kali naik keretapi dalam hidup.saya sangat teruja! Insan bertuah yang akan menjadi kekasih saya harus menaiki train itu sekali lagi dengan saya. 
Cyeeka, Brenda and me. Sedang menunggu train balik.Sempat buat street jam lagi.Tapi Uke street jam di kk tak dapat datang pula. 

New friends in SDA Lumat, Beaufort Church : Cila yang campin memasak , Midya yang cantik



Lagu : I'm yours. Seronoknya duet ngan cyeeka.Boleh buat parting voice. 

Selamanya kami bestie. Sama-sama single dan berjaya ^ ^ 

Price tag Uke version. Nice one!

Dua penampilan yang berbeza.Dan jujur ketika ini, saya melihat cyeeka sangat cantik dan dewasa. 

Inilah kembar saya Esthervina produk Beaufort.hihihi.Dia sangat sekepala dengan saya.Kuat makan, santai, guragas dan friendly.I called her Koyo ester. Dia tinggi dan lawa. saya pindik.ahahha!Saya gembira!sebab orang yang sama nama dengan saya mempunyai personaliti yang serupa dengan saya! Thank q God! Blessed Esthervina and Estherina! 

Saya serius.

Saya seorang yang skema apabila membuat sesuatu tugasan. Saya benar-benar melakukan temubual dengan warga emas berbangsa Kadzan-Dusun ini.Terima kasih Encik Badok. Pantang larang perkahwinan kaum Kadazan-Dusun memang banyak.Internet juga banyak mengatakan tentangnya.Namun begitu, saya suka mendengar perkongsian daripada beliau.Banyak input yang saya perolehi.Dan kamu tahu, apa yang membuat saya tertarik untuk menyudahkan tugasan EDU 3106 ini? saya seorang yang sentiasa suka belajar perkara baru ^ ^ belajar tentang adat resam dan pantang larang ini sesuatu yang amat biasa sebenarnya.Tapi saya agak malu dilahirkan sebagai anak Kadazan-Dusun tapi saya sendiri tidak tahu menahu asal usul bangsa saya sendiri. Itulah sebabnya, saya serius dengan kajian saya. Memanglah, cara hidup saya banyak dipengaruhi oleh agama. Itu sebabnya, generasi saya tidak lagi fanatik terhadap adat resam nenek moyang.Agama telah mengubah pemikiran dan gaya hidup masyarakat Kadazan-Dusun pada masa kini.
Tempat : Gereja SDA Pekan Keningau
masa :Jam8.00 malam ( saya pun jadi hitam berabis.haha)
Kalau nak assignment ini ( minta dengan berhemat.ada tempat saya )
Terima kasih juga kepada mama yang sangat saya sayang. Saya sempat menemu bual beliau mengenai perubahan cara hidup masyarakat Kadazan-Dusun kerana faktor agama. Mama masuk wad sebab tambah darah.Saya juga bermalam di Hospital Keningau yang sangat mengenali muka saya dan mama ^ ^ .Sambil menyiapkan tugasan saya, saya menemani mama dengan penuh cinta. Saya lebih pentingkan mama dari segala sesuatu yang ada sekarang. Jika ada lelaki yang mahu mencintai saya, dia harus dapat menerima mama saya. Serius. No wonder la, pastor Justin cakap " Luka saya hanya dikulit saja.Sebab saya ada semangat dan kekuatan yang luar biasa dari semua wanita.Kekuatan hati dan pendirian " Memanglah masa lalu saya membuat saya terluka begitu dalam sehingga parutnya masih kelihatan, tapi orang-orang disekeliling mengatakan bahawa saya seorang yang tabah dan penuh kejernihan fikiran. Saya suka mendengar kenyataan itu kerana saya tahu, saya boleh survive walaupun banyak cabaran. Satu saja yang mebuat saya kuat sebenarnya,.. Saya ada Tuhan. Amen. 

Mama saya berusia 56 tahun.Dia masih sangat muda dan pembicara yang baik. Walaupun sakit-sakit, dia tetap  dengan semangatnya. Anak-anaknya membuat dia bahagia :) 

Wednesday, April 3

Cikgu, murid dan Ukelele :)


Here i go Sk.Bulu Silou! Hari ni dah masuk hari ketiga aku masuk sk.Bulu Silou.Ini kisah cikgu Esther dengan Ukelelenya.hihi.Tak sangka semua guru2 lelaki kat sekolah ni suka nyanyi pulak.sekali aku strumm ja ukelele comelku, nah..keluar suara sudah tu ustaz pun nyanyi lagu Jason Mraz.Sedap lagi suara tu. Orang tak kenal Ukelele.They called it, guitar.Hehe.Aku sebenarnya malas nak bawa-bawa gitar aku masuk mengajar.Dahlah gitar tu besar semacam.Nanti tak nampak cikgunya.haha! 
So,apa yang menarik hari ini, aku masuk kelas 4 Kreatif yang mereka kata nakal.tak juga nakal.boleh dikawal dengan aktiviti. Aku bawa budak2 tu masuk padang.Aku perkenalkan 10 peraturan dan Janji Kita" kepada murid-murid aku tuh. Aku tanya balik.Tanpa buat catatan, perghhh!mereka mampu mengulang semula 10 peraturan yang aku bagi :
1) Jangan bercakap ketika cikgu sedang bercakap
2) Hormat cikgu dan rakan
3) Ikut arahan di padang dan di kelas
4) Jangan keluar ayat kurang ajar
5) Bagi kerjasama
6) Jaga kumpulan
7) Semua mesti pendek kuku
8) Wajib pakai baju sukan
9) Kalau sakit kena bagi tahu cikgu
10 ) Setiap kali selesai aktiviti, nyanyikan lagu kita "Satu Hati " 

"Kalau kamu jahat dengan cikgu, cikgu laaaagi jahat dengan kamu" haha! Memang garang kot aku ni. Tapi syukurlah.budak2 aku suka sangat2 dan terima kasih ukelele. Budak2 suka muzik! 
Selepas peraturan skema tu aku keluarkan, aku bagilah budak2 tu latihan arahan dan wisel.Aku buat macam Fancy Drill. Nampaknya arahan ini sangat berkesan.Jangan lupa mereka bersama kumpulan :) Aku akan teruskan pengajaran aku minggu depan dengan budak2 ni.esok aku kena jumpa budak2 Tahun Lima Intelek pula.tak tahu lagi macamna belang mereka. It's ukay. Kita ada cara.kita cuba yaa! selamat brjaya cikgu Esther! :)
* Alahai comelnya budak2 tu cium tangan aku sebelum balik kelas :P 

SterCy Non-StopThought