Saya seorang yang skema apabila membuat sesuatu tugasan. Saya benar-benar melakukan temubual dengan warga emas berbangsa Kadzan-Dusun ini.Terima kasih Encik Badok. Pantang larang perkahwinan kaum Kadazan-Dusun memang banyak.Internet juga banyak mengatakan tentangnya.Namun begitu, saya suka mendengar perkongsian daripada beliau.Banyak input yang saya perolehi.Dan kamu tahu, apa yang membuat saya tertarik untuk menyudahkan tugasan EDU 3106 ini? saya seorang yang sentiasa suka belajar perkara baru ^ ^ belajar tentang adat resam dan pantang larang ini sesuatu yang amat biasa sebenarnya.Tapi saya agak malu dilahirkan sebagai anak Kadazan-Dusun tapi saya sendiri tidak tahu menahu asal usul bangsa saya sendiri. Itulah sebabnya, saya serius dengan kajian saya. Memanglah, cara hidup saya banyak dipengaruhi oleh agama. Itu sebabnya, generasi saya tidak lagi fanatik terhadap adat resam nenek moyang.Agama telah mengubah pemikiran dan gaya hidup masyarakat Kadazan-Dusun pada masa kini.
Tempat : Gereja SDA Pekan Keningau masa :Jam8.00 malam ( saya pun jadi hitam berabis.haha) |
Kalau nak assignment ini ( minta dengan berhemat.ada tempat saya ) |
Terima kasih juga kepada mama yang sangat saya sayang. Saya sempat menemu bual beliau mengenai perubahan cara hidup masyarakat Kadazan-Dusun kerana faktor agama. Mama masuk wad sebab tambah darah.Saya juga bermalam di Hospital Keningau yang sangat mengenali muka saya dan mama ^ ^ .Sambil menyiapkan tugasan saya, saya menemani mama dengan penuh cinta. Saya lebih pentingkan mama dari segala sesuatu yang ada sekarang. Jika ada lelaki yang mahu mencintai saya, dia harus dapat menerima mama saya. Serius. No wonder la, pastor Justin cakap " Luka saya hanya dikulit saja.Sebab saya ada semangat dan kekuatan yang luar biasa dari semua wanita.Kekuatan hati dan pendirian " Memanglah masa lalu saya membuat saya terluka begitu dalam sehingga parutnya masih kelihatan, tapi orang-orang disekeliling mengatakan bahawa saya seorang yang tabah dan penuh kejernihan fikiran. Saya suka mendengar kenyataan itu kerana saya tahu, saya boleh survive walaupun banyak cabaran. Satu saja yang mebuat saya kuat sebenarnya,.. Saya ada Tuhan. Amen.
Mama saya berusia 56 tahun.Dia masih sangat muda dan pembicara yang baik. Walaupun sakit-sakit, dia tetap dengan semangatnya. Anak-anaknya membuat dia bahagia :) |
No comments:
Post a Comment