Here i go Sk.Bulu Silou! Hari ni dah masuk hari ketiga aku masuk sk.Bulu Silou.Ini kisah cikgu Esther dengan Ukelelenya.hihi.Tak sangka semua guru2 lelaki kat sekolah ni suka nyanyi pulak.sekali aku strumm ja ukelele comelku, nah..keluar suara sudah tu ustaz pun nyanyi lagu Jason Mraz.Sedap lagi suara tu. Orang tak kenal Ukelele.They called it, guitar.Hehe.Aku sebenarnya malas nak bawa-bawa gitar aku masuk mengajar.Dahlah gitar tu besar semacam.Nanti tak nampak cikgunya.haha!
So,apa yang menarik hari ini, aku masuk kelas 4 Kreatif yang mereka kata nakal.tak juga nakal.boleh dikawal dengan aktiviti. Aku bawa budak2 tu masuk padang.Aku perkenalkan 10 peraturan dan Janji Kita" kepada murid-murid aku tuh. Aku tanya balik.Tanpa buat catatan, perghhh!mereka mampu mengulang semula 10 peraturan yang aku bagi :
1) Jangan bercakap ketika cikgu sedang bercakap
2) Hormat cikgu dan rakan
3) Ikut arahan di padang dan di kelas
4) Jangan keluar ayat kurang ajar
5) Bagi kerjasama
6) Jaga kumpulan
7) Semua mesti pendek kuku
7) Semua mesti pendek kuku
8) Wajib pakai baju sukan
9) Kalau sakit kena bagi tahu cikgu
10 ) Setiap kali selesai aktiviti, nyanyikan lagu kita "Satu Hati "
"Kalau kamu jahat dengan cikgu, cikgu laaaagi jahat dengan kamu" haha! Memang garang kot aku ni. Tapi syukurlah.budak2 aku suka sangat2 dan terima kasih ukelele. Budak2 suka muzik!
Selepas peraturan skema tu aku keluarkan, aku bagilah budak2 tu latihan arahan dan wisel.Aku buat macam Fancy Drill. Nampaknya arahan ini sangat berkesan.Jangan lupa mereka bersama kumpulan :) Aku akan teruskan pengajaran aku minggu depan dengan budak2 ni.esok aku kena jumpa budak2 Tahun Lima Intelek pula.tak tahu lagi macamna belang mereka. It's ukay. Kita ada cara.kita cuba yaa! selamat brjaya cikgu Esther! :)
* Alahai comelnya budak2 tu cium tangan aku sebelum balik kelas :P
* Alahai comelnya budak2 tu cium tangan aku sebelum balik kelas :P
No comments:
Post a Comment