Sunday, June 30

Abang Mithali

Dalam hati tetap damai.Hihi.Jangan menjadi seperti orang lain yang mudah melenting, suka memaki dan berlagak seperti mami jarum.Nanti orang lain tak selesa taw.Bukan lagi tak selesa, tak puas hati pun ada.Hehe. tulah sebab saya sentiasa memilih untuk jadi cool dan penyabar :) saya hanya akan menjadi seorang yang disegani bila saya berdepan dengan murid-murid saya dan adik saya.Untuk orang-orang di sekeliling saya, saya memilih untuk menjadi yang serendah-rendahnya agar saya sentiasa beringat, saya juga bermula dari 0. Saya tidak kisah saya di cop manja atau lemah lembut, yang penting saya selesa dengan pembawaan saya.Meskipun demikian, di gelanggang atau di padang atau di trek, jangan cop saya lemah lembut.Itu kegilaan saya, maka tiada maaf bagimu.haha.saya enjoy the moment when i do sport and i love sweating damn much. Maaflah kalau i am more to guy bila turun padang.Bersenam harusnya gagah seperti lelaki.hahaha! Untuk segala sesuatu ada masa dan ada etikanya. Saya sangat bersyukur kerana mampu mengendalikan emosi saya dan berfikir seluas-luasnya.Pengalaman lalu mengajar saya.Tapi memang pun family yang membentuk pembawaan saya.Saya banyak belajar dari my late papa dan abang Jastin yang saya anggap bestfren saya di rumah.Bangga ba c abangku bila saya membesar dan berkongsi cerita dengan dia, 90% saya mewarisi sikap dan talentanya :) tq abangku yang paling senior di rumah :) abg Jastin banyak memberi kesan dalam hidup saya :) . Kalau saya kawin nanti, maunya lelaki macam si abang.Cukup sudah jadi bapa mithali.Hehe. Hurmm, seperti katamu abang..setiap orang ada keegoaan dan ada kejahatan sendiri cuma bezanya dibuahi atau tidak. Kita pun ada kelemahan kan.Banyak sangat tapi kita ada kesedaran dan syukurlah saya lahir dalam keluarga yang mengenal Tuhan.Amen. 
Abangku cakap, tidak apa saya selalu mengalah bila berdepan dengan orang yang suka marah-marah atau panas baran.Sebab harus ada pendamai.Golongan pendamai itu orangnya termasuk sayalah .Yang selalu memilih untuk memuaskan hati orang dan terpaksa makan hati.Tapi jujur, saya selesa dengan pembawaan ini.Biarpun kadang-kadang hati ingin memberontak.Nasib baik ada juga kasut joging, cepat-cepat saya turun padang pg berpeluh.Hhehe.release tension.Lagi satu, hati saya cepat sangat sejuk bila kata maaf diungkapkan. Apapun terjadi, saya tidak akan pernah ubah pembawaan ini. Saya cukup selesa menjadi seperti ini yang membuatkan saya boleh bergaul dengan semua orang dengan lapang dada.Siok saja saya kawan ibu-ibu, bapa-bapa, adik-adik, nenek-nenek, datuk-datuk.hihi.Lelaki miang saja saya tidak sanggup.kin panas.damn.Budu.aduuii..sorry dear heart.Jahat suda mulut saya.paliss.heee.tulah kena balasan juga tu orang yang begitu tu. Adil ba.hehe.Okay, cukup setakat sampai di sini. Saya ingin menyambung mubie. Tengok2 hp ku yang jarang sekali berdering.haha.its ukay ba camni.daaaaaaaaaaaaa. 

Wednesday, June 19

Kekasih

Setiap orang akan berhenti berharap apabila masanya sudah tiba.Tidak selamanya seseorang akan terus memuja kamu.Satu hari nanti, kita juga akan punya pilihan lain apabila hati menjadi tawar kerana tidak diperjuangkan . Jangan mengenang kisah lalu . Inilah proses kehidupan saya untuk menjadi semakin dewasa.Tidak memiliki kekasih memberi saya ruang untuk lebih menilai lelaki. Kalau benar anda sukakan saya, usah berbelit-belit.Usah meragukan hati saya. Usah membuat saya semakin takut untuk jatuh cinta lagi. Beri saya ruang untuk bernafas baik-baik dan masa untuk mengenali siapa kamu. Saya tidak berani mengambil risiko sakit hati dan terluka lagi. Ia mengambil masa.Suka dan cinta bukannya dua perkara yang sama.

Tuesday, June 18

Keinginan

 
Selalunya bukan mudah untuk mendapatkan sesuatu yang paling kita inginkan.Untunglah yang diizinkan oleh-NYA untuk mendapatkannya dengan lapang dada. Sekali kita dapat, paling puas hati. Jangan risau selagi ada pilihan dan peluang, tidak ada yang namanya berhenti berharap.Kalau memang itu untuk kita, itulah yang Tuhan bagi. Pelan-pelan saja.Masa pasti membuka ruang untuk kita :) Fikir ke depan :)

Sunday, June 16

Welcome back to my bored routine

Bermulanya semester baru pada hari ini. Pejam celik, pejam celik..dopp..aku dah semester 6 dah.tinggal ada dua sem lagi tamatlah pengajian aku di ipg tercinta ini.haha. Hari ini masuk kelas , tukar kelas , tukar ketua opsyen dan segala-gala ahli jawatankuasa. Memang semakin gila-gila klasmates aku semester ni. Akan bermulalah zaman kesibukan, kuliah, amali, praktikum. Anyway, we all grow up with times :)

*Oh dem..me got flu.can't sing well :(
SterCy Non-StopThought