Setiap orang akan berhenti berharap apabila masanya sudah tiba.Tidak selamanya seseorang akan terus memuja kamu.Satu hari nanti, kita juga akan punya pilihan lain apabila hati menjadi tawar kerana tidak diperjuangkan . Jangan mengenang kisah lalu . Inilah proses kehidupan saya untuk menjadi semakin dewasa.Tidak memiliki kekasih memberi saya ruang untuk lebih menilai lelaki. Kalau benar anda sukakan saya, usah berbelit-belit.Usah meragukan hati saya. Usah membuat saya semakin takut untuk jatuh cinta lagi. Beri saya ruang untuk bernafas baik-baik dan masa untuk mengenali siapa kamu. Saya tidak berani mengambil risiko sakit hati dan terluka lagi. Ia mengambil masa.Suka dan cinta bukannya dua perkara yang sama.
No comments:
Post a Comment