Aku ni jenis tak suka lagu-lagu rentak biasa.Tapi entahlah tadi tetiba pula aku ambil gitarku dan mula mainkan lagu "aku suka dia " Lagu Ainan Tasneem. Bukannya mood jatuh cinta pun tapi entahlah rasa macam nak nyanyi ala-ala remaja la sangat.hahaha! Syok juga lagu ni sebenarnya. Bolehlah.Kalau remaja-remaja belasan tahun tu, mesti gilakan lagu ni. Asyik-asyik lagu ni keluar dalam radio.Kalau tak pun, lagu najwa tu. esemen. Ni kena penangan nak sangat selalu muda.Haa aah..yala.Aku sendiri tak percaya aku semakin tua. Tahun ni umur aku masuk 23 tahun. Oh tidak.Sungguh aku tak dapat terima kenyataan. Aku masih nak berada dalam lingkungan belasan tahun. hahaha! Tak pelaa..fisiologi aku memang menyatakan yang aku ni macam budak sekolah :P Kronologi aku saja yang semakin meningkat. Baiklah, baiklah.Harus yakin orang bilang :)
That's me.Cyeka took this pixa ~last year |
Aku semakin menyedari bahawa, aku sememangnya dilahirkan sebagai orang yang sabar dan kuat. Kalau diikutkan betul, terlalu banyak perkara yang aku dah tempuh. Segalanya mematangkan aku. Aku beruntung dapat melalui ini semua kerana itu membuat aku jauh lebih maju setapak dari orang lain.Kerana itu membuat aku berbeza dari orang lain. Mungkin sebab itulah,aku pergi mana-mana aku boleh survive. Dulunya aku sendiri tak percaya pada kemampuanku.hohoho.
Namun hakikatnya, aku sangat terluka sekarang.Sangat-sangat terluka.Kalau boleh, aku nak hilang ingatan dan tak pernah ingat masa laluku. Tapi aku masih waras. Aku terpaksa berpisah dengan ex bopren aku kerana tak direstui oleh ibu bapa atas dasar perbezaan agama. Tak apalah.Tuhan mengajar aku untuk bersabar. Dalam kesakitan ini, aku sangat-sangat memerlukan segala yang ada dalam hidupku.Tuhan semestinya, rakan-rakan , family besarku dan sesiapa sahaja yang jujur bersahabat denganku. Aku tetap kuat. My beloved mom sakit.My lil sister pun sakit. Aku tahu, mereka sangat memerlukan aku sebagai pemberi semangat.Aku tahu. Dalam keadaan aku yang sangat terluka sekarang, aku gagahkan diri untuk terus kuat di hadapan mereka. Aku terlalu mengasihi mereka sehingga aku sendiri lupa bahawa aku juga sakit sebenarnya. Sakit hati. Tak tahulah, aku masih gagah.Kalau difikirkan orang lain berada di tempatku, tak mungkin mereka sekuat aku. Aku sudah belajar tabah sejak kepergian papa.
Ada sesuatu yang benar-benar menyesakkan dadaku. Aku berusaha gembira.Aku meyibukkan diri.Bersukan. Bermain. Nyanyi.macam-macam aku dah buat. Semakin baik.Tapi adakalanya, sakit itu datang lagi. Aku setia mengasihi si dia selama ini..Aku merasa kehilangan. Aku menangis sejak tahun 2012. December 2012. Sehingga saat ini, aku masih menangis. Siapakah yang dapat menghentikan air mata ini? Aku terus bersandar pada Tuhan.Aku percaya, akan ada seseorang yang berjaya menghapus air mataku. Aku harap aku akan jatuh cinta lagi.... Tapi buat masa ini, aku ingin stabil. Aku ingin berehat dulu. Aku tidak perlu cinta kilat yang hanya menambah cuka pada luka !dem it!
No comments:
Post a Comment