Mukadimah.Lelaki tergamam tengok wanita cantik! Kenyataannya memang lelaki suka tengok wanita-wanita cantik dan seksi tapi tidak bermakna mereka kepingin nak jadi suami kepada wanita-wanita tersebut dengan hanya sekali pandang. Perempuan pun macam tu jugak. Nampak lelaki hensem, mata pandai jeling juga tu kadang-kadang. Tapi bila tengok perangai lelaki tu perasan gila babi, nah hampeh..hilang hensem terus. Cuba korang pergi tengok majlis-majlis keramaian, nampak ramai lelaki hensem, bergaya sakan..hensem lah sangat! Then bila hari dah gelap, rambut sudah kusut masai, siap muntah-muntah lagi, kemabukan.Hilang macho terus. Sebagaimana perempuan tak suka tengok lelaki yang berseronok sampailah ke tengah malam, demikian lelaki perlu terima hakikat yerr. Perempuan tak suka lelaki kaki botol. Nak cakap budaya, tak delah dalam suku kaum mana-mana ajar, 'bermabuk-mabukkanlah anda dengan arak, ataupun minumlah tapai sehingga larut malam ' tak de langsung. Bukan nak pertikaikan budaya kampung dan bandar yang suka sangat mabuk-mabuk, tapi just nak dapat bukti..budaya suku kaum lagikah tu? Sikap manusia terlalu suka seronok, sedangkan banyak perkara lagi yang perlu disudahkan. Perempuan pun sama, bila dah sampai tahap mabuk teruk tu macam2 boleh jadi.Hilang kesopanan wanita yang dipuja-puja. Taklah semua. Sebahagian saja. Memanglah manusia perlu hiburan, tetapi mabuk2 sampai mengampai, bergaduh, membunuh, merogol..itukah istimewanya jadi kaki botol? Lebih kurang saja dengan penagih dadah. Even dalam setiap agama pun, tak da satupun yang tertulis " Berbahagialah yang minum arak dan bermabuk-mabukkan " Tuhan larang manusia merosakkan tubuh badan ni. Mana yang lebih terutama sebenarnya? Budaya kuning masyarakat atau perintah Tuhan? Aku tak de hal sangat dengan orang minum alkohol ni.Suka hati dorang. Tapi yang aku benar-benar tak faham ni, kenapa perlu keterlaluan ya? yang peliknya, buat parti then minta blessing lepas tu mabuk2 sudah, terlampau aramai tie.Sakit hati Tuhan. Budaya manusia kini, melebihkan keinginan daripada batasan. Bagaimanapun, membezakan budaya dan adat pun orang dah bengong..apatah lagi larangan Tuhan vs keinginan sendiri.
No comments:
Post a Comment