Lama tak jumpa. Kebetulan baru ingat password.hahaha. penangan cinta smpi lupaa.hehehehe.
finally, I have done with my AR presentation. ringan kepala terus. Ini agak memeningkan aku sebelumnya. Namun dengan hasil bimbingan penyelia aku, Cg.Linos yg baik hati dan Mr.Rajan yg komited, segalanya berjalan lancar seperti yang dihasratkan. Inilah satu kepuasan yang dinanti-nantikan. Moment paling best bila dapat present dengan penuh keyakinan, senyum selalu dan yang paling penting, dengan hati yang sangat direndahkan. Walaupun mungkin aku membuat sidang cukup teruja pada ketika itu, tapi jauh di sudut hati..ada juga debaran yang menggoncang dada. I love my AR! Kerja keras ini tidak sia-sia. Tugas besar sebagai AJK Penyelaras urusetia pun sudah aku bereskan sebaik-baiknya. Thank you Lord.
So, perkara yg nak aku highlite kan di sini ialah, aku sudah melakukan dan memberikan yang terbaik. Semenjak dua menjak ini, aku busy dengan student aku di church. Rancang pengajaran, melatih dan of course membimbing anak-anak Tuhan yang comel-comel belaka, lain lagi komitmen di kampus, lain lagi komitmen dlm hubungan n family. I think I have done my very best. All of me. I am a bit exhausted. really. mungkin sesetengah org tidak mengerti keletihan ini..but I am in this condition.Sangat mencabar yaa. Inilah proses belajar nak jadi cikgu. Kena sabar. Kena kuat. Kena menerima kenyataan. Dan aku rasa, inilah integriti seorang guru. Chewaahhh.
Sebelum jadi cikgu di sekolah, aku sudah ada murid-murid yang comel untuk sekolah sabat di church. Tugas ini banyak membantu dan melatih aku menjadi bakal guru. amaa.. integriti. oh man.
All of me. Aku belajar mengatur masa dan kehidupan dengan banyak tanggungjawab. Terutama kepada si dia yang sangat banyak bersabar dan menyokongku. Terima kasih kerana menjaga kedamaian di hati. piwittt. love you banyakkk syg nguuutttt!!!
Kini tinggal sebulan lebih aku sudah melangkah keluar dari bumi berjasa bukit langsat ini. Terima kasih untuk segala perkongsian ilmu yg banyak membentuk aku..banyak aspek dan terutama dari aspek persahabatan, kepercayaan, penerimaan dan penghargaan. Aku punya ramai sahabat..di luar dan dalam kampus..termasuk para ibu2 dan bapa2 di church yg banyak memberi sokongan.terima kasih Tuhan. Banyak pahit manis yg dilalui. Betullah kata org, kita tak boleh fikir pasal diri sendiri sepanjang mengembek di kandang lembu. Kita tak boleh pentingkan diri apatah lagi memiliki keegoaan untuk mengakui kelemahan diri sendiri. Aku belajar berterima kasih dan menerima setiap kekurangan orang-orang di sekeliling aku. Kerana aku tahu aku juga manusia tidak sempurna. Tapi yang pasti, aku ikhlas dan tulus dalam hidup aku. No hatred, no jealousy..aku belajar memberi dan berkongsi setakat yg aku mampu. Terima kasih untuk setiap teguran dan dorongan yg diberi. Khusus buat mama, katanya..'stay honest'.
Aku percaya kata-kata abang.. tidak semua perkara yang kita fikirkan negatif itu buruk. Aku percaya kata kakak, bila kita jujur dan ikhlas menerima org lain dlm kehidupan kita, semuanya akan baik2 saja. Kadangkala kita perlu muhasabah diri. Tanya diri sendiri..cukupkah aku memberi?cukupkah aku menerima kesilapan dan kekurangan org lain? cukupkah aku memaafkan? cukupkah aku berterima kasih? cukupkah aku mengenali hati orang lain? cukupkah aku menjadi seorang sahabat? kekasih???cukupkah aku merendahkan diri?cukupkah aku mengasihi Tuhan ??
My dear Lord, terima kasih atas berkat kasih-Mu. aku tidak ingin memberi kebencian kepada orang lain. Itu bukan diriku. Mungkin orang lain tidak cuba untuk menerima dan belajar memberi tapi 'ALL OF ME' I have done my very best. terpulang kepada dunia memandang aku seperti apa. Yg pasti, Tuhan mengenal hatiku. Sekali lgi, stay honest.
My dear Lord, terima kasih atas berkat kasih-Mu. aku tidak ingin memberi kebencian kepada orang lain. Itu bukan diriku. Mungkin orang lain tidak cuba untuk menerima dan belajar memberi tapi 'ALL OF ME' I have done my very best. terpulang kepada dunia memandang aku seperti apa. Yg pasti, Tuhan mengenal hatiku. Sekali lgi, stay honest.
Seperkara lagi, aku paling happy jumpa pujaan hati yg semestinya akan menjadi seorang suami. Amin.
No comments:
Post a Comment